Monday, May 16, 2011

Cara tangani rasa STRESS

SALAM...

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, hari ni saya nak cerita macam mana saya tangani stress saya. Tak kisah la stress di tempat kerje ke, stress dengan kawan-kawan ke, stress kat rumah atau yang paling teruk (bagi saya la) stress dengan pasangan..hukhuk.

Stess dengan saya memang dah tak boleh dipisahkan lagi dah. Tiap tiap hari mesti ada je kejadian atau hal hal yang boleh menyebabkan otak saya penat beroperasi. Rasa nya orang lain pun pasti lalui benda yang sama. Yang berbeza nya jenis stress tu dan kuantiti stress yang otak kita terima, tak sama. Lain orang lain penerimaannya. Contohnya, bila di tempat kerje. Kita bekerje secara berkumpulan, tiba tiba ada perkara yang membuat kan bos marah dan naik angin, satu pejabat akan kena. Tapi, semua yang kena dengan bos tu tak akan merasai jumlah stress yang sama. Orang yang di tujukan, atau orang yang berkaitan pasti la merasai jumlah stress yang paling tinggi berbanding dengan orang yang tak ada kaitan dengan kejadian yang berlaku, dia cuma kena tempias sahaja. Jadi stress dia cuma berjumlah sedikit sahaja...fuhhh. Berbelit belit, korang paham ke tak suka hati lah.

Sekarang nak cakap cara nak atasi nya plak. Kalau aku, bila otak dah mula rasa stress aku akan makan banyak banyak.. Rasanya ni kebiasaan bagi mereka mereka yang lain jugak. Tapi bila aku hadapi rasa stress yang melampau, aku akan diamkan diri, kurangkan bercakap, dan mula berfikir jalan penyelesaian. Contohnya, hadapi je dugaan tu dengan hati yang lapang, relakan apa yang berlaku tu, dan berharap masa akan berlalu dengan pantas. Tapi walaupun aku mendiamkan diri, tapi aku tak kan menyendiri. Sendirian di saat saat macam ni hanya akan menambahkan lagi rasa stress tu. Jadi, cuba bergaul, cari teman atau berhibur, tapi ala kadar je la. Ya la, hati tak senang mana nak ada perasaan untuk benda benda tu, layan sebab nak elak dari aku buat perkara bodoh seperti, terjun bangunan, kelar tangan, atau hatuk kepala kat dinding...hahahahah ( so far aku waras lagi nak buat benda benda ni)

Tapi kan, bila stress dengan pasangan, yang ni paling teruk. Rasa cam dunia dah tak berputar. sedih woooo...Tak dapat aku nak bayangkan betapa sedihnya situasi tersebut. Situasi yang ni memang tak ada cara untuk atasinya.. Apa yang aku buat bila hadapi situasi ni ialah...masuk bilik, peluk bantal busuk, sambil menagis macam orang mati anak (lebih kurang macam tu la)..huhu

Tujelah...bye bye

No comments:

Post a Comment