Monday, May 16, 2011

Cara tangani rasa STRESS

SALAM...

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, hari ni saya nak cerita macam mana saya tangani stress saya. Tak kisah la stress di tempat kerje ke, stress dengan kawan-kawan ke, stress kat rumah atau yang paling teruk (bagi saya la) stress dengan pasangan..hukhuk.

Stess dengan saya memang dah tak boleh dipisahkan lagi dah. Tiap tiap hari mesti ada je kejadian atau hal hal yang boleh menyebabkan otak saya penat beroperasi. Rasa nya orang lain pun pasti lalui benda yang sama. Yang berbeza nya jenis stress tu dan kuantiti stress yang otak kita terima, tak sama. Lain orang lain penerimaannya. Contohnya, bila di tempat kerje. Kita bekerje secara berkumpulan, tiba tiba ada perkara yang membuat kan bos marah dan naik angin, satu pejabat akan kena. Tapi, semua yang kena dengan bos tu tak akan merasai jumlah stress yang sama. Orang yang di tujukan, atau orang yang berkaitan pasti la merasai jumlah stress yang paling tinggi berbanding dengan orang yang tak ada kaitan dengan kejadian yang berlaku, dia cuma kena tempias sahaja. Jadi stress dia cuma berjumlah sedikit sahaja...fuhhh. Berbelit belit, korang paham ke tak suka hati lah.

Sekarang nak cakap cara nak atasi nya plak. Kalau aku, bila otak dah mula rasa stress aku akan makan banyak banyak.. Rasanya ni kebiasaan bagi mereka mereka yang lain jugak. Tapi bila aku hadapi rasa stress yang melampau, aku akan diamkan diri, kurangkan bercakap, dan mula berfikir jalan penyelesaian. Contohnya, hadapi je dugaan tu dengan hati yang lapang, relakan apa yang berlaku tu, dan berharap masa akan berlalu dengan pantas. Tapi walaupun aku mendiamkan diri, tapi aku tak kan menyendiri. Sendirian di saat saat macam ni hanya akan menambahkan lagi rasa stress tu. Jadi, cuba bergaul, cari teman atau berhibur, tapi ala kadar je la. Ya la, hati tak senang mana nak ada perasaan untuk benda benda tu, layan sebab nak elak dari aku buat perkara bodoh seperti, terjun bangunan, kelar tangan, atau hatuk kepala kat dinding...hahahahah ( so far aku waras lagi nak buat benda benda ni)

Tapi kan, bila stress dengan pasangan, yang ni paling teruk. Rasa cam dunia dah tak berputar. sedih woooo...Tak dapat aku nak bayangkan betapa sedihnya situasi tersebut. Situasi yang ni memang tak ada cara untuk atasinya.. Apa yang aku buat bila hadapi situasi ni ialah...masuk bilik, peluk bantal busuk, sambil menagis macam orang mati anak (lebih kurang macam tu la)..huhu

Tujelah...bye bye

Saturday, May 14, 2011

MACARONS

SALAM

HOLLAA...Rasa macam lama dah tak menaip.huhuhu... Ikutkan hati, tiap tiap masa ada je modal nk menaip, tp sebab malas dan asyik muddy jer, sebab tu terbantut nak menaip. Apa apa hal pendam sendiri jer...
Musin ni, banyak hal berlaku. Banyak betul banda yang menyerabut kan otak dalam kepala ni. Lepas satu satu hal...

opsss...Laariiii tajuk la plk. huhu...sebenarnya aku baru je puas dk belek resepi macaron ni. Kalau tak salah aku, makanan ni dh jadi sangat sangat femes akhir akhir ni. Serius, aku tingin sangat sangat nak rasa biskut ni, tapi tak tau mana nak cari. Hari tu ada nampak kat 1 blog ni, dia buat macaron untuk order..

hmmmm....tingin nya nak makan biskut yang comel comel ni..huhu
k la...dats olssss...bye

Wednesday, April 27, 2011

Long ride with hubby

HELLO..HAI..HOLA..HUHU

Last week memang best. Best sebab dapat harungi perjalanan yang jauh dengan my encik hubby. Sebelum ni pun dah penah, tapi long long time ago lah. Time tu masa dia pick me up from Pekan Pahang and drive me home..so sweet bangat time tu. Ya lah, pengorbanan untuk awek dia pergi jauh ambik aku bawak balik rumah. Dah la tak penah penah seumur hidup dia pergi Pekan..huhu. Dah, enough!! ni cite lama daaaa..

Sekarang ni nak cite benda benda terbaru plk. Last week ada banyak kejadian yang terjadi. Ada yang best, tapi ada gak yang tak best nya...hmmm.
Meh aku story part yang tak best tu dulu k.. Alaaa, sekarang tetiba teremosi lak, belum cite lagi nih. Last week kawan aku dah berhenti kerje. sedih wooo...Dia la sahabat setia, mana aku pergi mesti dia ada sekali. Dia datang kerje sini pun sebab aku la yang bawak dia masuk sini. Kami tinggal serumah, tidur pun sebilik (bukan rumah tu xde bilik lebih, cuma kami lagi suka tidur sama-sama, see see how close we are..)

Tapi sekarang dia dah tak ada lagi dah. Dah blah dari tempat yang tak berapa nak best ni...Aku pun cuma tunggu masa dan kekuatan jer untuk blah dari sini. Tak sabar rasanya untuk saat saat tu tiba..

Dia blah dari sini sebab dia dah dapat tawaran yang lagi best dari tempat sini tawarkan untuk dia. Ya la sapa tak nak kalau dah ada peluang yang best datang tunggu kita, rembat je la dah tak payah tunggu tunggu lagi dah. kan kan kann..

Tapi nak blah dari sini bukan senang wooo...macam macam kami plan untuk dia lepaskan diri. Mana tak nya, duk kt sini dah macam terikat, terkurung dalam penjara. Dasyat betul perumpamaan tersebut kan...Hiperbola tul.hihi..

Serius cakap, memang terasa kehilangan betul. Sedih sangat sangat. Dah tak ada tempat nak becerita, nak kongsi makan, kawan tidur, kawan pergi jalan jalan...semua lah. Sekarang dah tinggal sorang sorang..sangat tak best.

Sabtu lepas aku kerje, kawan aku tu plak blah jumaat malam tu. Pastu kena plak pakwe aku ajak balik kampung. Kampung kt kelantan, punya la jauh, dah la sabtu tu kerje sampai pkul 5ptg. Malam tu apa lagi aku balik jugak. Sampai rumah dah pagi, lepas tu malam tu jugak siap siap nak balik rawang ni. Adoii...Tak sampai 1 hari pun balik rumah. Tapi tak kisah la, sebab sekurang kurangnya dapat gak tengok muka mak ayah aku. Tu pun dah kira cukup bagus apa...Dan part yang best nya,aku dapat balik rawang dengan encik hubby tersayang..huhuhu.. Best woooo dapat balik sama sama dengan dia. Perjalanan yang jauh pun rasa singkat je. Hilang semua penat bila boleh stay dengan dia..hihihihi. Gatai... Sekarang dia tengah sibuk dengan asgment yang berlambak, report tesis lagi, test, futsal lagi lah. Masa untuk aku memang takde langsung. Sedih kan, jadi bila ada peluang macam ni suka sangat sangat tau...uweeekkk. =)


NI LA PAKWE KESAYANGAN SAYA TU...



GAMBAR KAWAN TU PLAK TAK LEH LETAK KAT SINI: BAHAYA (TAKUT KANTOI DENGAN BOS...HIHIHIHI)

Thursday, April 14, 2011

My First Time Join Contest...huhu

http://nurulbadiah.blogspot.com/Assalammualaikum...
Tadi tetiba teringat kat kawan-kawan lama. Semua lah, dari masa sekolah rendah, menengah, matrik last skali kawan-kawan masa belajar kat universiti dulu (kawan-kawan sekarang tak termasuk sebab diaorang semua ni ada kat depan mata, hari hari duk jumpa...huhu)..

Lepas tu tadi duk belek belek blog, terbaca plak entry duk cerita pasal kawan-kawan. Lagi la buat aku teringat kat orang yang aku dah memang sedia duk ingat. Dan yang bestnya plak, tadi terbaca plak entry contest dalam blog 'Because she is NurulBadiah'. Patut la ada blogger duk cerita pasal kawan-kawan, rupa rupanya ada contest pasal kawan. No wonder lah...

Rasa macam nak join jer contest tu sebab tengok hadiah untuk pemenang contest tu macam gempak jer. Dress tu..huhu. Dalam koleksi pakaian belum ada lagi dress, dan belum penah pakai pun lagi gaya macam tu. Mana tau kt la jadi pemenang, boleh free free dapat dress dari cik NurulBadiah tu...

Tapi yang sebenarnya kan aku tak reti pun nak copy paste link link seperti arahan dalam syarat syarat peyertaan tu. Macam mana nihhh........try je lah. mana tau kt la menjadi..huhu


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi92UklBtzYQbHVqyF1aeth_TBmQM5OtMcUKJB-D1cZP-t5xeUEphUDU9NHBkFFPIVIdbjyum7LDtM8mmNdZ6pxJ5EnJmnUm4Hg3t85GsepcM9LhmqPcQzT4FL9m3OwbenBXBpBJifD_PIF/s1600/ART_7252.JPG

Ni la my 'bff'..memang satu kepala lah ng minah ni. Semua bab boleh masuk sekali...hoho
Dear NurulBadiah Lai...

Seperti yang tertera kat dalam gambar tu, tu la rupa kawan baik selamanya-lamanya. Atau dalam ayat yang paling glamour sikit, my BFF... huhu.

Nama minah yang pakai tudung hitam tu ialah Norizah Hossein. Berasal dari nun di sana Serawak, bapak jauh gila. Aku suka kawan dengan dia. Sebab dia sangat sangat lah sempoi dan memahami. Dan paling bestnya dia ni sangat sangat sejiwa dengan aku, dari segala-gala segi lah. Memang seronok sangat sangat bila dapat lepak dan borak borak dengan dia.

Kami suka jalan jalan, teman terbaik untuk ajak p jalan jalan sapa lagi kalau bukan dia. Ajak jer p mana-mana pasti dia ikut dan jarang sekali menolak.

Dan yang paling best nya dia ni, bila cakak bab bab cintan cintun cnfm dia layan. Dan bila jumpa pakwe pakwe nsem kat tepi tepi jalan masti dia pun akan ada perasaan sama macam aku...nak mengedik@menggoda...hahahhahaha....

Thats the reason why i said she is my best fren ever....!!!!

Saturday, April 9, 2011

Pengalaman hampir kena 'ttuttt'...

'tttutt''........
assalammualaikum...
''ttttuutt''' tu banyak maksud. macam-macam benda boleh ditafsirkan dengan perkataan tut tu...huhu. k la terus kepada cerita yang ingin disampaikan. cerita ni berlaku 2 minggu lepas. mungkin cerita ni dah hampir-hampir nak basi. tapi tak kisah lah, sebab sekaang baru ada kesempatan nak bercerita, jadi teruskan je niat untuk becerita tesebut..

kalau ikutkan permulaan kepada cerita ni panjang, tapi malas nak ceita. lagipun permulaan cerita ni tak ada isi penting sangat pun. oke-oke.. balik pada cerita, sebenarnya 2 minggu lepas aku hampir hampir nak jadi magsa raba. mangsa raba? cakap magsa rogol bunyi macam teruk gila. magsa raba je lah. ceritanya gni, 2 minggu lepas, ngam ngam lepas waktu kerja dapat panggilan telipon dari sorang manusia ni, dia cakap dia kawan aku yang tinggal kat sebelah kampung aku.. dia kata nama dia nazri. aku cuba la pikir nama kawan kawan aku yang aku kenal. seingat aku, aku tak penah pun ada kawan yang bernama nazri ni. serius memang tak ada. so, aku dah mula cuak. tapi dia cakap dia kenal aku dan nak jumpa dengan aku pada malam tu jugak. biar betul dah la tiba tiba muncul cakap kawan lama aku pastu terus ajak jumpa. dia kata time dia telifon aku tu dia dah dalam perjalanan ke rumah aku kat rawang ni. ishhh..macam mana dia boleh tahu aku tinggal kat rawang sedangkan aku tak cakap pun kat dia. so, mungkin dia betul la kawan lama. aku cakap kalau betul nak jumpa datang la. time tu dah pkul 10mlm.

masa aku tengok muka dia, sah aku memang tak kenal dan tak penal tengok pun muka dia. dia mati mati duk cakap yang kami kenal dan aku penah kawan dengan dia. dia ajak aku pergi keluar makan. masa tu aku rasa cam nak tak nak je. ye la aku kan tak kenal. dia terus bagi cadangan kalau aku takut dan tak percaya kat dia panggil kawan rumah aku ajak keluar makan sekali. kebetulan masa tu kawan rumah aku ada kat bandar rawang jadi kami jumpa kat kedai makan kat kawasan bandar rawang.

masa duk makan makan kat kedai tu, laki ni buat buat cam kami dah kenal lama. cara dia borak macam dia dah kenal lama dengan aku so kawan kawan aku tak syak apa apa yang pelik la. tapi sebenarnya masa tu kawan aku yang sorang ni dah syak benda tak best kat laki ni. sebab masa duk makan tu laki ni asyik duk pandang pandang je. cara dia kami macam...tah la gaya cam perogol bersiri kt.. lepas makan makan tu dia ajak aku pergi jalan jalan kt kl. time tu dah nak pukul 12. aku ngan tanpa segan silu terus terima ajakan tu.

laki tu bawak keta waja, cermin keta dia memang gelap gila....
 TO BE CONTINUE....huhu

Saturday, March 12, 2011

LoVE dia...teramat~

dear diarie...
huhu...it been quiet long time im not writing.. not that i dont like to doing it, but lately got no time to write and story bout what happen surround me..hrmmm.
And today, just for a short story..bout my dear..Last week was his's day. I meant his birthday (dont think to mention his birthday date here =p ). On that day we are having date, like usual lah, jalan jalan makan makan but that day i murah hati..being generous to my dear hubby by giving him a watch..wuuuhuuu........ its cost twohundredandplusplus.. Time bayar tu, i pejam mata, aduhhh...melayang duit ak. Tak kisah la ntuk yang tersayang kan.. Asal kan dia suka dan happy dengan pemberian tu, thats all matter. 
FYI....That watch is my first present i give to him. Yup, first present he got from me..After we had been together for almost 3 year!! hahhhaha....kesian pak cik tu. Dari dlu lg nk bg something yang berharga untuk dia, tp tah la.. Susah la nak bagi something kat someone, even someone tu so special like my hubby but still pikir panjang nak bagi or tidak... That watch pun dia dapat sebab dah almost a month jam dia rosak, kesian plak tengok dia.. Tapi sebenarnya mesti dia sengaja tak nak baiki jam tu sebab birthday dah dekat...Pandai la trick dia wat muka seposen nak jam.....
Tapi memang jelas la kat wajah dia yang dia hargai pemberian tu. Mana tak nya tu la satu satu nya hadiah yang aku bagi kat dia slama kami dk kapel...hohoho...

Thats all lah...


p/s: Sayang sangat kat dia. Kadang kadang rasa takut sangat, ya la kt2 la dia jd tawar hati ke ape ke...ishhh! mintak di jauhkan benda2 macam tu...

Saturday, February 19, 2011

Tempek muka syok sendiri banyak2 kat blog..sebab perasan comel..

hahhahah..
Tajuk yang langsung tak leh blah..opssst. assalammualaikum reader..ni baru betul. Entry kali ni tak ada crita tentang apa apa pun, just nak menempek kan diri dengan gambar gambar syok sendiri yang diambil sewaktu berada di tempat kerje yang maha membosankan. Siyes time ni dah tatau nak buat apa dah sebab tu duk snap snap sendiri. Bukan tak ada kerje, tapi sebab berlambak sangat kerje yang nak kena siap kan, so jalan mudah, tinggal kan je kerje kerje tu biar makin bertimbun timbun..lantak lah, peduli apa aku. (Pekerja yang tak senonoh langsung..nasib la sape sape yang hiring aku kerje.)
~ Bajet duk renung masa depan yang masih kabur..apa la nasib badan. sabo aje la.ishhh tak baik mengeluh. Tambahan, time pergi kerje langsung tak pakai make up ape2 pun, kt tempat kerje tak ada orang pun. Duk wt kerje sorang sorang je.~

~Yang ni pulak bajet cam sendiri comel, pose ala ala nak goda pakwe kacak kat sebelah jalan.haha~

~Ni aku tak tau nak cakap apa lagi dah. Nak show off tudng tu kt. Sebab sekarang dah pandai belit belit dah tanpa rasa segan silu untuk berbelit belit bila keluar jalan jalan..huhu~

Cukup la untuk entry kali ni. Lain kali aku tempek banyak banyak lagi gambar yang duk bajet bajet comel..hoho. opss!! Tiba tiba tertanya sendiri, agak agak ada ke orang yang akan rasa menyampah dengan entry ni?? Maklum la ni gambar syok sendiri, mesti ada kt yang kan rasa meluat..lantak lah. Kadang kadang nak gak rasa bajet sendiri, ya la kita kan tak cantik. So, sometime ti nak gak pretend like i am beautiful like others..weee~

p/s: tapi encik hubby cakap saya cantik..okei. enough angkat bakul. daaaa~