Tadi tetiba teringat kat kawan-kawan lama. Semua lah, dari masa sekolah rendah, menengah, matrik last skali kawan-kawan masa belajar kat universiti dulu (kawan-kawan sekarang tak termasuk sebab diaorang semua ni ada kat depan mata, hari hari duk jumpa...huhu)..
Lepas tu tadi duk belek belek blog, terbaca plak entry duk cerita pasal kawan-kawan. Lagi la buat aku teringat kat orang yang aku dah memang sedia duk ingat. Dan yang bestnya plak, tadi terbaca plak entry contest dalam blog 'Because she is NurulBadiah'. Patut la ada blogger duk cerita pasal kawan-kawan, rupa rupanya ada contest pasal kawan. No wonder lah...
Rasa macam nak join jer contest tu sebab tengok hadiah untuk pemenang contest tu macam gempak jer. Dress tu..huhu. Dalam koleksi pakaian belum ada lagi dress, dan belum penah pakai pun lagi gaya macam tu. Mana tau kt la jadi pemenang, boleh free free dapat dress dari cik NurulBadiah tu...
Tapi yang sebenarnya kan aku tak reti pun nak copy paste link link seperti arahan dalam syarat syarat peyertaan tu. Macam mana nihhh........try je lah. mana tau kt la menjadi..huhu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi92UklBtzYQbHVqyF1aeth_TBmQM5OtMcUKJB-D1cZP-t5xeUEphUDU9NHBkFFPIVIdbjyum7LDtM8mmNdZ6pxJ5EnJmnUm4Hg3t85GsepcM9LhmqPcQzT4FL9m3OwbenBXBpBJifD_PIF/s1600/ART_7252.JPG
Ni la my 'bff'..memang satu kepala lah ng minah ni. Semua bab boleh masuk sekali...hoho |
Seperti yang tertera kat dalam gambar tu, tu la rupa kawan baik selamanya-lamanya. Atau dalam ayat yang paling glamour sikit, my BFF... huhu.
Nama minah yang pakai tudung hitam tu ialah Norizah Hossein. Berasal dari nun di sana Serawak, bapak jauh gila. Aku suka kawan dengan dia. Sebab dia sangat sangat lah sempoi dan memahami. Dan paling bestnya dia ni sangat sangat sejiwa dengan aku, dari segala-gala segi lah. Memang seronok sangat sangat bila dapat lepak dan borak borak dengan dia.
Kami suka jalan jalan, teman terbaik untuk ajak p jalan jalan sapa lagi kalau bukan dia. Ajak jer p mana-mana pasti dia ikut dan jarang sekali menolak.
Dan yang paling best nya dia ni, bila cakak bab bab cintan cintun cnfm dia layan. Dan bila jumpa pakwe pakwe nsem kat tepi tepi jalan masti dia pun akan ada perasaan sama macam aku...nak mengedik@menggoda...hahahhahaha....
Thats the reason why i said she is my best fren ever....!!!!
No comments:
Post a Comment