Wednesday, April 27, 2011

Long ride with hubby

HELLO..HAI..HOLA..HUHU

Last week memang best. Best sebab dapat harungi perjalanan yang jauh dengan my encik hubby. Sebelum ni pun dah penah, tapi long long time ago lah. Time tu masa dia pick me up from Pekan Pahang and drive me home..so sweet bangat time tu. Ya lah, pengorbanan untuk awek dia pergi jauh ambik aku bawak balik rumah. Dah la tak penah penah seumur hidup dia pergi Pekan..huhu. Dah, enough!! ni cite lama daaaa..

Sekarang ni nak cite benda benda terbaru plk. Last week ada banyak kejadian yang terjadi. Ada yang best, tapi ada gak yang tak best nya...hmmm.
Meh aku story part yang tak best tu dulu k.. Alaaa, sekarang tetiba teremosi lak, belum cite lagi nih. Last week kawan aku dah berhenti kerje. sedih wooo...Dia la sahabat setia, mana aku pergi mesti dia ada sekali. Dia datang kerje sini pun sebab aku la yang bawak dia masuk sini. Kami tinggal serumah, tidur pun sebilik (bukan rumah tu xde bilik lebih, cuma kami lagi suka tidur sama-sama, see see how close we are..)

Tapi sekarang dia dah tak ada lagi dah. Dah blah dari tempat yang tak berapa nak best ni...Aku pun cuma tunggu masa dan kekuatan jer untuk blah dari sini. Tak sabar rasanya untuk saat saat tu tiba..

Dia blah dari sini sebab dia dah dapat tawaran yang lagi best dari tempat sini tawarkan untuk dia. Ya la sapa tak nak kalau dah ada peluang yang best datang tunggu kita, rembat je la dah tak payah tunggu tunggu lagi dah. kan kan kann..

Tapi nak blah dari sini bukan senang wooo...macam macam kami plan untuk dia lepaskan diri. Mana tak nya, duk kt sini dah macam terikat, terkurung dalam penjara. Dasyat betul perumpamaan tersebut kan...Hiperbola tul.hihi..

Serius cakap, memang terasa kehilangan betul. Sedih sangat sangat. Dah tak ada tempat nak becerita, nak kongsi makan, kawan tidur, kawan pergi jalan jalan...semua lah. Sekarang dah tinggal sorang sorang..sangat tak best.

Sabtu lepas aku kerje, kawan aku tu plak blah jumaat malam tu. Pastu kena plak pakwe aku ajak balik kampung. Kampung kt kelantan, punya la jauh, dah la sabtu tu kerje sampai pkul 5ptg. Malam tu apa lagi aku balik jugak. Sampai rumah dah pagi, lepas tu malam tu jugak siap siap nak balik rawang ni. Adoii...Tak sampai 1 hari pun balik rumah. Tapi tak kisah la, sebab sekurang kurangnya dapat gak tengok muka mak ayah aku. Tu pun dah kira cukup bagus apa...Dan part yang best nya,aku dapat balik rawang dengan encik hubby tersayang..huhuhu.. Best woooo dapat balik sama sama dengan dia. Perjalanan yang jauh pun rasa singkat je. Hilang semua penat bila boleh stay dengan dia..hihihihi. Gatai... Sekarang dia tengah sibuk dengan asgment yang berlambak, report tesis lagi, test, futsal lagi lah. Masa untuk aku memang takde langsung. Sedih kan, jadi bila ada peluang macam ni suka sangat sangat tau...uweeekkk. =)


NI LA PAKWE KESAYANGAN SAYA TU...



GAMBAR KAWAN TU PLAK TAK LEH LETAK KAT SINI: BAHAYA (TAKUT KANTOI DENGAN BOS...HIHIHIHI)

No comments:

Post a Comment