SALAM...
Bosannya bila ada kerje bertimbun timbun macam bukit yang perlu disiapkan secepat mungkin sebab bos lapanpulohlapan kali duk tanya kerje yang sama 'dah ke belum, dah ke blum..kalau belum cepat cepat siapkan. kalau dah tolong hanta kepada saya dengan kadar segera...haishhh! nasib la dapat bos banyak songeh cam depa nh...
ikutkan hati...banyak gile cerita cerita yang ada kaitan dengan kerje ni ingin di luahkan. tapi apa kan daya, takut nanti terkantoi dengan bos la...kang haru biru jadik nanti bila depa dapat tau aku duk cerita macam macam hal berkaitan dengan kerje kt tenet..huhu
Sekarang ni terasa teruk yang teramat amat. teruk sebab terpaksa terperap dalam pejabat yang tak berapa nak best ni, ngadap kerje kerje yang tah bila baru akan siap..hmmmm. bila kenang kan orang lain yang tengah besh berpoya poya di hujung minggu ni....hmmm. sedihnya..jeles siot!!! kenapa la aku terperangkap kat dalam pejabat hujung hujung minggu ni...dah la kena kerje dari jam 10.oo am sampai 10.oo pm pada hujung minggu. Gila...aku rasa dah macam pekerja myanmar @ indon dah. walaupun disini tiada perahan keringat yang melampau, tapi...aku jugak perlukan ruang untuk bersosial dan mengenal dunia luar..ni tak...hari hari duk terperap kat tempat ni jer...dah bosan tahap babun dah. dah muak tahap nak termuntah muntah cam orang mengandung dah...!!!!geram!!!
kalau la aku wat dairi pasal kerje ni, rasa nya diari tu dah penuh..mana taknya, hari hari pasti akan ada benda@perkara@insident@kata yang boleh menstresskan otak aku yang dah sedia stress dengan hidup ni...astagfirrullahhalazim...
bukan niat nak mengeluh..ini cuma luahan hati seseorang yang merasakan dia mengalami depresi supaya dia berasa lebih tenang dan tidak menjurus kepada 'sakit mental' hahhhaha.. gelak gelak jugak, tapi ingat ada jer kes kes yang orang jadi gila disebabkan masaalah di tempat kerje@hidup..ini realiti okei...so, tak nak la take this situation as to serious.
Tapi, to be positive la kan....anggap je ni semua dugaan dan cabaran di alam pekerjaan. tipu la kalau orang yang bekerja tak alami rasa stress dengan kerja atau bos tempat kerja. pasti semua orang pernah rasainya. bezanya ialah tahap ketepuan stress yang mereka terima adalah berbeza bagi setiap individu yang bergelar 'pekerja'....(kan dah ada aura positive...hihihi).
Tapi kalau nak to be more positive, dari duk layan blog blog ni sila la siapkan kerje kerje yang bertimbun tu secepat mungkin. Tu baru real positive...hekhekhek.
No comments:
Post a Comment